NEWS

PDRM FC Sang Saka Biru
16-18 Feb
2022

Lawatan Pentadbiran Perlesenan Kelab MFL ke PDRM FC

Pihak Unit Perlesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan lawatan pentadbiran ke pasukan PDRM FC dari 16 hingga 18 Februari 2022 ke pejabat pengurusan PDRM FC. Ketika lawatan ke PDRM FC di pejabat pengurusan kelab yang terletak di Pulapol, Kuala Lumpur, taklimat dan penerangan berkenaan dengan Peraturan Pelesenan Kelab edisi 2022 diberikan secara terperinci tentang cara menyediakan dokumen-dokumen berkaitan. Enam kriteria yang difokuskan itu adalah Kriteria Kakitangan dan Pentadbiran, Sukan, Undang-undang, Infrastruktur, Perniagaan dan Kewangan. PDRM FC telah memohon lesen kebangsaan sahaja kitaran pelesenan ini bagi penyertaan Liga Malaysia pada musim 2023. Pihak MFL ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PDRM FC dalam melengkapkan dokumen-dokumen untuk Kitaran Pelesenan Kelab pada tahun ini.
19 Nov
2021

Pdrm Fc lulus Lesen Kelab Kebangsaan

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan pada minggu lepas telah memaklumkan bahawa PDRM FC telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan untuk membolehkan bertanding di Liga Premier 2022. Syabas dan tahniah kepada warga kerja PDRM FC yang bertungkus lumus bagi memastikan Kelab dapat menepati kriteria yang ditetapkan seterusnya dapat bersaing di Liga Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pasukan komited untuk bergerak ke arah lebih profesional.
19
NOV
2021

Lawatan Pentadbiran Perlesenan Kelab MFL ke PDRM FC

Penjaga gol PDRM FC, Asri Muhammad turut tercalon di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21). 17 penampilan bersama PDRM FC dan aksi cemerlang dipamerkan tahun ini melayakkan beliau dicalonkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bersama 2 penjaga gol Liga Premier dan 7 penjaga gol Liga Super yang lain.
19
NOV
2021

Wan Rohaimi Tercalon Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021(ABK21)

Ketua Jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail tercalon sebagai Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21). Wan Rohaimi bersama K Devan (Negeri Sembilan) merupakan jurulatih dari Liga Premier manakala 8 calon lain adalah dari Liga Super. Beliau mengambil alih tugas bermula bulan April dan membawa PDRM FC keluar dari zon penyingkiran Liga Premier dan hampir layak ke saingan Piala Malaysia.